Wednesday, November 5, 2014

04 | Persiapan hari kami

Assalamualaikum.. Hai.. Sekarang aku dah kahwin.. Hehe.. Alhamdulillah...
Special thanks to my family in law datang dari sarawak.. Allah je tahu gembiranya aku dapat jumpa semua sedara mara suami..
Terima kasih gak kat family belah mama dan abah.. Sudi datang berhempas pulas menjayakan majlis kahwin aku..
Aku nak kongsi serba sedikit persiapan untuk perkahwinan aku..
Alhamdulillah.. Syukur aku dikurniakan ibu dan bapa yang memahami kehendak aku.. Walaupun banyak halangan dan dugaan untuk kami bersama.. (Aku dan si dia) Aku jugak beruntung mendapat si dia dan keluarga yang sangat memahami dan menghormati aku.. Alhamdulillah..
Bermula dari majlis merisik (adat melayu) yang berlangsung di rumah aku tahun lepas.. Sebentuk cincin belah rotan menjadi tanda.. Masa tu Allah je yang tahu.. Berdebar debar.. Kekok semua ada.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Berbincangan untuk pertunangan dan perkahwinan kami berlansung..
Lepas tu, aku try survey beberapa bridal.. Aku terjumpa sebuah bridal ni.. Yang paling best baju impian aku ada kat situ..QQ chantek bridal kat taman paya mas.. Luluh jantung tengok.. Terus aku book bridal tu.. Kebetulan bridal tu suggest katering.. Terus pegi book katering.. Done dua perkara..
Sejak bulan 12 tahun lepas, aku dah start survey dan beli sikit sikit barang hantaran..
Sedikit sebanyak bertanyakan pengalaman dari sedara mara dan kawan kawan yang dah kahwin.. Senang untuk sediakan persiapan..
Hantaran aku disiapkan oleh bridal.. Aku just bagi barangan dan duit upah je.. Hehe.. Alhamdulillah.. Berkat disiplin dan bakat menabung aku.. Dapat juga sedikit sebanyak menampung belanja untuk persiapan kahwin.. Setiap barang yang aku perlu beli aku akan survey dan target bila nak beli..
Dah start carik kain untuk baju tunang dan nikah.. Masa ni excited sebab banyak sangat pilihan kain.. Aku pergi cari kat Jakel je.. Murah tapi berkualiti.. Lepas dapat kain dan warna pilihan aku cari langsir pulak.. Then hantar ke tailor.. Merangkap mak lang aku.. Aku puas hati dengan hasil kerja dia.. Suka sangat..hehe..
Bila ada masa terluang aku balik kampung untuk uruskan bayaran katering.. Fitting dan pilih baju bridal.. Dan carik perabot untuk bilik.. Dalam masa yang sama rumah aku dalam renovation...
Bila dah lega urusan yang lain dah settle dan in progress.. So aku start tumpukan pada kad kahwin.. Props.. Aksesori nak pakai nanti.. Nasib baik kad kahwin aku ada full package.. Dapat kad, penunjuk arah,bunting,kalendar,tq sticker dan props..
Before 3 bulan nak nikah aku fokus ke urusan wajib.. Mohon kuaters, isi borang nikah dan ujian saringan HIV.. Memang stress masa ni.. Payah sangat.. Setiap minggu kena balik kampung untuk settlekan..
Belum lagi adat yang merimaskan aku kena ikut.. Huhu..
Tapi alhamdulillah... Walaupun banyak dugaan aku sah bergelar isteri kepada si dia.. Terima kasih Allah

Monday, October 27, 2014

02 | Sekitar majlis kami

Alhamdulillah... Selesai.. Thousands thanks for my family,in law family and friend..
Majlis berjalan lancar.. Kehadiran tetamu kedua belah pihak pengantin pun menggalakkan.. Thanks...
So hari ni nak citer sikit pasal majlis besar kami..
Plan asal.. Aku akan bertunang dulu hari jumaat.. Then esoknya baru nikah.. Tapi kami merancang.. Allah tentukan.. Ada hikmah sebalik semua..
So hari sepatutnya aku tunang jadi hari nikah aku.. Mula mula frust sebab ape yang dirancang tak ikut plan.. Tapi aku move on janji aku dapat nikah dengan buah hati :)
Keesokan hari free day.. Sebelah pagi aku make up simple then pakai baju tunang.. Cari port best untuk photoshoot dengan my bffs.. Memang awesome..! Thanks korang..
Sebelah petang done make up by my bridal.. Then tukar tukar baju.. Semua ade 3 pasang baju.. Sambil ada tepung tawar dari mak cik mak cik jiran sekampung.. Well adat je.. Ikutkan tak moh.. Tapi nak jaga hati.. Selagi tak langgar hukum Allah aku on je..
Malam pulak.. Malam berinai.. Jadi dilema jugak.. Sebab banyak benda aku tak rela.. Hihi.. 1st sanggul lintang again adat.. Memang aku bertudung.. Sanggul lintang yang ready made.. Aku minat yang simple.. Tapi mama nak yang besar.. Huh! Then 2nd karaoke and kompang.. Memang dari awal tak moh.. Mama bersungguh nak.. Tak meriah katanya.. Ikut la.. Janji tak memudaratkan.. And lastly... Bunga api.. Sebatang tu rm15 kali dengan 10.. Kalau sepuluh la.. Dah berapa dah.. Just untuk hiburan.. Bagi aku membazir.. Hmm again mama yang nak.. Bak kata mak itam.. Biakan la hajat dia..ok fine..
Then lepas semua tu..kami tukar baju untuk potong kek.. Photoshoot je pon.. Memang penat.. Sungguh...
Esok hari sanding.. Pagi tu ada majlis maulud.. Berzikir dan bacaan doa.. Then tengahari tetamu mula datang.. Disebabkan kawasan rumah aku sempit.. Terpaksa tumpang kawasan rumah mak teh.. Jiran.. Thanks mak teh.. Kesian jugak kena pisahkan khemah.. Tu memang khilafan aku.. Sorry tetamu kami.. Lepas azan zohor berarak.. Kompang again.. Then sanding.. Makan beradap.. Curi masa bersolat.. Then sambung jumpa tetamu.. Layan tetamu.. Petang photoshoot outdoor dengan my dream outfit..
Malam jumpa saudara belah mama then  buka hadiah.. Sekian..

01 | Mrs Harfizie

Officially halal.. Alhamdulillah.. Semoga aku berjaya menjadi seorang soleha.. Semoga lancar urusan rumah tangga aku.. Semoga dikurniakan cahaya mata yang sihat dan soleh.. Semoga aku diberi kesihatan tubuh badan yang sihat untuk aku berbakti pada keluarga dan agama.. Semoga aku dapat disayangi suami dan keluarganya..
Bi.. Thanks accept me to be your wife.. Truly i am not perfect but i'll be for you.. Take me to jannah one day.. In sha Allah..
For u.. Semoga jadi suami yang penyanyang dan beriman.. Semoga jadi pemimpin keluarga yang hebat.. Semoga sihat walafiat sehingga sayang pergi.. Semoga bi dapat sesuaikan diri dengan sayang dan keluarga.. Semoga sayang yang pertama dan terakhir.. Aamiin

Monday, October 20, 2014

Tak rugi

Sila kagum dari jauh. Woha!
Bibit bibit yang sering digunakan oleh Hamka si kereta mayat..
Aku dihadiahkan buku karangan Hamka oleh si dia.. Setelah aku admire tulisan Hamka diFB.. Bagi aku penyampaian ilmu agama dari dia sangat ringan untuk diserap sebab berunsur lucu dan jelas..
Aku ada dua buah buku -permata yang hilang kini dijumpai dan kamar sutera.. Kedua duanya aku dah khatam.. Sesuai untuk orang yang berumah tangga.. Banyak pengajaran yang boleh dikaut dari kisah dalam buku buku tu.. Terima kasih Hamka sudi kongsi kisah benar diri sendiri..
Akan aku jadikan buku tu sebagai diari diri sendiri bila aku berumah tangga nanti supaya dapat mengharmonikan rumah tangga aku.. Woha!
Ps: Hamka layan peminat sampai sign dalam buku terjual.. Terbaik

Sunday, October 19, 2014

Relaxing

Setiap bakal pengantin selalunya akan ke spa rawatan kecantikan.. Terutamanya perempuan..
Aku berpeluang untuk memanjakan diri.. Best.. Walaupun belanja agak besar.. Nak cantik tak kisah la kan..
Aku pergi spa di bandar permaisuri.. Bio Flora.. Service bagus.. Pekerja peramah dan banyak pengalaman.. Tak lokek ilmu..
First aku buat body scrubbing.. Memang lain bila orang yang tolong sental badan kau. Syok.. Sejuk je ase.. Then bilas..
Kemudian bertangas.. Mula mula aku mintak steam bath or sauna.. Tapi tangas tu bole jadi 2 in 1 so aku pilih tangas.. Mula mula agak janggal.. Pedih sikit.. Terutama bahagian celah peha.. Lama lama ok dah.. Sebab tahu kebaikan dia.. Sesuai untuk orang berkahwin.
Lepas tu aku berurut.. Part ni memang best.. Sape sape yang tak suka urut sebab sakit.. Memang tak rugi cuba kat sini.. Tak sakit.. Tak geli.. Just nice..
Then buat facial.. The best part ever.. Tapi tak banyak yang dimake over sebab kulit tak ade masalah.. Just buang sikit blackhead kat hidung lepas steam.. Pakai mask.. Dah..
Last but not least.. Pedicure and medicure..
Lapar giler.. Jangka 3 jam.. Aleh aleh dekat 4-5 jam.. Kebas bontot baring.. Tapi memang enjoy.. Si dia pon enjoy sampai terbedengkur.. Alahai.. Laki sape la tuh

Ceramah sikit

Untuk dapatkan rezeki yang halal..
Bukan setakat kerja halal.. Sumber duit halal.. Beli makanan yang halal.. Pakaian yang halal..
Kita kena halalkan sumber kewangan kita.. Dengan bersedekah.. Berzakat.. Jauhi riba.. Check balik account bank kita.. Sama ada unsur riba.. Jangan lokek pada keluarga terutama ibu bapa..

Sumber ustaz Don tv al hijrah yang aku olah sendiri ikut kefahaman aku..
Semoga kita diberkati

Saturday, October 18, 2014

Besi buruk

Besi buruk aku tak sama dengan besi buruk orang lain..
Dia kecik. Bila diketuk bunyik macam tin. Bila laju goyang sana sini. Bila start bunyik dram.
Tapi dia sangat istemewa. Paling jimat. Sesuai dengan kehendak aku. Mudah diurus. Dia kacak. Paling penting dia aset pertama aku sebagai seorang manusia yang bekerja.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk memilikinya. Walaupun banyak kelemahan. Aku tetap sayang. Vivos aku akan jaga kau sehingga masa pelupusan kau. Waktu tu aku akan sedih. Percaya la

Ambil keputusan tepat

Sebuah kisah lagenda.. Kisah sorang gadis.. Yang selalu ditindas.. Bukan salah mereka yang menindas.. Salah gadis tu yang alpa dengan sedikit ujian.. Bila banyak mendengar.. Banyak melihat dan banyak bercakap.. Dia menjadi lalai..
Setelah beberapa perkara timbul disebabkan kesalahan sendiri.. Dia mula sedar.. Dia tidak akan tenang jika berterusan mememikirkan permasalahan.. Lebih baik berdiam diri.. Memekakkan telinga dan membutakan mata..
Sebab takot menimbulkan perbagai lagi isu.. Dan paling penting tak nak jadi sebahagian dari ahli neraka dikalangan wanita wanita yang tentunya banyak di sana..
Tak perlu bersosial jika memudaratkan.
Tak perlu bercakap jika tidak perlu.
Tak perlu berkawan jika kawan tu mengajak ke neraka.. Wallaualam

Friday, October 17, 2014

Jumaat Bukan Sabtu

Try to positive... Walaupun sedikit kecewa..
Jumaat adalah sayyidul aiyam iaitu penghulu segala hari - hari yang sebaik hari..
So just do it and be happy bride

Bismillahirahmanirahim

Ready to glow and healthy.. :)
Spent alot for myself.. Who care?

Jumaat ini tak sama

Hari ini hari jumaat..
Jumaat hari ni tak sama dengan jumaat minggu lepas..
Jumaat hari ni tak sama dengan jumaat minggu depan..
Jadi jadikan jumaat hari ini lebih berharga dari minggu lepas mahupun tahun lepas.. :)

Wednesday, October 15, 2014

Ketakutan

Takut.. Paranoid.. Disebabkan aku tengok satu video pendek pasal samun.. Ragut..
Lepas tengok tu.. Meremang.. Rasa takut nak keluar.. Kalau dulu muke bole cool lagi jalan sorang diri.. Sekarang walaupun berteman.. Ade nampak seumpama macam video tu.. Aku dah cuak...
Tapi bagi aku benda tu normal.. Paranoid kat orang yang kita tak kenal dan suspek bole jadi pemangsa kita.. Daripada pengamatan aku.. Semua benda yang jadi dalam video tu disebabkan kurangnya paranoid yang menyebabkan pemangsa berani dan tahu mangsa dia lemah.. Bayangkan nenek tua jalan lengang lenggok tepi jalan dengan beg disebelah sisir jalan raya, diragut depan traffic light oleh seorang yang berkereta.. Mungkin nenek tu tak sangka yang peragut pun bole berkereta..
Aku berharap perkara ni tak berterusan.. Wanita kena lebih alert dan bersikap paranoid.. Lelaki ikut bukan sebab anda cantik.. Sebab anda mangsa..

Turn sweet 24

24 tahun yang lepas.. Lahir seorang bayi..
Dia sangat istimewa.. Allah pilih dia dalam beribu yang ada untuk lahir ke dunia..
Alhamdulillah.. Allah menjaga dia sebaiknya.. Dia belajar menjadi manusia.. Walaupun tidak sempurna..
Semoga dia akan sentiasa dilindungi.. Diberi petunjuk dan jalan yang lurus.. Jalan yang diredhai..
Terima kasih juga kurniakan sebentuk tubuh badan yang sihat.. Sehingga mampu menghambakan diri kepadaNya..
Terima kasih hadiahkan ibu.. Dan bapa.. Serta keluarga yang sangat penyanyang.. Menjaga.. Mendidik.. Membesarkan dia..
Terima kasih pinjamkan kenikmatan dunia kepada dia.. Walaupun bersifat sementara..
Selamat ulangtahun kelahiran kepada aku
Fakta.. Hari jadi adik beradik 14,15,16.. Hebat kejadian Allah..

Monday, October 13, 2014

Mengumpat diumpat

Sebuah kisah tentang sebuah keluarga.. Yang sangat berpendidikan.. Penuh kasih sayang.. Dan beragama tinggi.. Anak perempuan yang sangat disayangi mendirikan rumah tangga..
Majlis perkahwinan yang sangat sederhana.. Mengikut syarat dan syariat islam.. Alhamdulillah...
Namun begitu.. Anak perempuan keluarga ini terlalu manja.. Sehingga manja yang melampau.. Manjanya tertumpu kepada suaminya selepas kahwin..
Segala yang dilakukan dibicarakan hanyalah tentang suaminya.. 24 jam.. Sehinggakan menjadi bualan orang ramai.. Sehinggakan mengundang jengkelan..
Pada suatu hari.. Anak perempuan keluarga ini telah bercerita tentang keburukan seorang kenalannya.. Yang sibuk bercerita tentang kebahagiaan perhubungannya bersama kekasih hati.. Anak perempuan keluarga itu telah berasa resah dan gulana.. Sedangkan dia tidak sedar yang dirinya juga begitu..
Moral of story.. Jangan aibkan orang sebab Allah akan jaga aib kita kelak.. Jangan paku dulang serpih.. Mengata orang dia yang lebih.. Dan paling penting jangan mengumpat.. Sebab berdosa..

Saturday, October 11, 2014

Kecil hati

Dalam perhubungan.. Mesti ada komunikasi.. Dari situ wujudnya toleransi dan respon..
Kalau tak ada komunikasi.. So jadi la kecik hati.. Ok bye

Thursday, October 9, 2014

Kekal

Genap 11 tahun..
Tak sangka secepat ni..
Masa tu aku balik dari sekolah..
Semua sedara mara dah berkumpul..
Ada yang menangis..
Aku seakan dapat tangkap..
Mesti ada kematian..
Ternyata betul..
Rupanya.. Bapa saudara aku
Arwah Mansor..
Allah.. Masa tu.. Hanya Allah yang tahu..
Aku menangis sepenuhnya..
Setiap kali teringat arwah..
Aku menangis..
Arwah orang yang tersangat istemewa..
Terlalu istimewa..
Dia pelita kegelapan hidup aku masa tu..
Banyak beri dorongn.. Sokongan..
Penuh rasa simpati.. Empati.. Dan kasih sayang..
Masih segar dalam ingatan.. Sehingga sekarang..
Waktu aku dapat tahu wak meninggal..
Aku tak dapat hentikan airmata..
Mengalir keluar tanpa dipaksa..
Antara perkara yang betul betul buat aku sedih..
Kehilangan arwah..
Wak.. Akak rindu wak.. Akak akan kenang semua yang wak buat untuk akak.. Akak sayang wak.. Takkan ada setanding wak.. Allah lebih sayangkan wak.. Sebab wak orang baik.. Semoga wak tenang kat sana.. Akak sentiasa doakan wak.. Al Fatihah...

Monday, October 6, 2014

Menjadi Hebat

Mari belajar jadi isteri solehah dan hebat 
Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah : 

1)   Berdoa agar disayangi. 

2)  Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah. 

3)  Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari(jika suami dlm mood yang sesuai). 

4)  Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. 

5)  Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yanglebih penting adalah simpati. 

6)  Beri suami masa berkualiti sekurang-kurannya 30 minit. 

7) Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk. 

8) Masak makanan kegemaran suami. 

9) Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya. 

10) Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati. 

11) Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya. 

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap. 

13)Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu. 

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen. 

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari. 

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jangan salahkan suami. 

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan. 

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali. 

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. 

20)Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.(haha motif ?)

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dengan  kerap jika suami suka. 

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang. 

23)Jangan  ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu. 

24)Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang. 

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah- lembut. 

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan  pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau. 

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain. 

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan. 

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual. 

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. 

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. 

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan. 

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya. 

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya. 

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar. 

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai. 

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya. 

39)Lebihkan suami daripada anak-anak. 

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya. 

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya. 

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa. 

43)Pergi dating atau berbulan madu. 

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras. 

45)Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. 

46)Selalu urut suami. 

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami. 

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya. 

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu. 

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir. 

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin. 

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya. 

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah. 

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam. 

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa. 

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua. 

57)Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri. 

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. 
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu. 

59)Jangan dera suami fizikal dan batin. 

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,orang yang ditemui dan sebagainya. 

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita. 

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. 

63)Masuk tidur serentak dengan suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami. 

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja. 

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu. 

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami. 

67)Cari masa utk berdua-duaan. 

68)Lakukan riadah bersama suami. 

69)Pergi berkelah sekali-sekala.Ni selalu buat  

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dalam pengetahuannya atau tidak). 

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak. 

72)Berikan apa yg dihajati suami. 

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. 

74)Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala. 

75)Lakukan ibadah bersama. 

76)Jangan  menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja. 

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri. 

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami. 

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri. 

80)Bila suami meminta maaf,terima dengan  kasih sayang.Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri. 

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan  suami. 

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa dimana letaknya. 

83)Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya. 

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya. 

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati. 

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami. 

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan. 

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dengan isteri. 

89)Jangan cabar suami. 

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu. 

91)Jangan suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut. 

92)Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yang dipersetujui. 

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri. 

94)Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri. 

95)Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah. 

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya. 

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan. 

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah. 

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

Jimat

Jimat.. Bagi aku subjektif.. Ada orang jimat masa.. Jimat tenaga.. Jimat duit.. Jimat makanan.. Jimat air liur.. (Orang yang pendiam) hehe..

Orang selalu kata orang yang jimat adalah kedekut.. Try usha balik apa maksud jimat tu.. Dan maksud kedekut tu.. Then baru orang tak confuse..

Kalau tanya aku.. Jimat adalah tak membazir.. Melengkapi keperluan diri dan menolak kehendak dalam satu satu masa.. Lagi baik jimat dari boros.. Dan kedekut adalah berusaha mengelak mendapatkan keperluan apatah lagi kehendak.. Simple kan.. ;)

Kenapa perlu jimat? Sebab tak nak jadi boros..hahaha.. Aku jimat.. Bersebab.. Aku menabung.. Aku tetapkan nak seseuatu perlu simpan duit.. Bukan abiskan semua duit gaji setiap bulan untuk shopping.. Betul betul merugikan.. Bagi aku la.. Tak tahu pendapat orang lain kan..

So aim aku sekarang.. Aku nak menabung untuk masa depan.. Untuk anak.. Untuk mama pegi haji.. Untuk melancong bersama tersayang.. Untuk beli aset.. Tak kira la ape asetnya.. Paling utama.. Tanah dan rumah.. Ready!

Friday, October 3, 2014

Role model

Sempena menyambut hari raya aidiladha tak lama lagi.. Lagi 3 hari dari sekarang..
Aku nak ucapkan selamat menyambutnya untuk semua umat islam.. Yang ada rezeki tunaikan haji tu.. Semoga dapat haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Untuk yang balik kampung tu.. Semoga selamat sampai ke destinasi masing masing..
Hari raya haji or aidil adha or korban ni.. Bertujuan kita umat islam menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pencipta kita.. Nabi Ibrahim sanggup berkorban menyembelih anak kesayangan ,Nabi Ismail atas perintah Allah.. Pengorbanan yang dilakukan atas rasa sayang dan bersyukur kepada Allah..
Dengan kuasa Allah.. Nabi Ismail ditukarkan dengan binatang.. Sehingga sekarang.. Kita akan menyembelih binatang untuk dikorbankan tanda syukur..

Aku ada juga pasang niat untuk berkorban.. In sha Allah.. Bila ada rezeki.. Sekarang apa yang aku mampu.. Tu yang akan lakukan..

Pengorbanan bukan setakat di hari raya korban sahaja.. Pengorbanan kita sebagai umat islam.. Membantu umat islam di negara lain.. Sebagai contoh Palestin.. Pengorbanan terhadap keluarga dengan mengisi masa bersama sama atau memberikan mereka rezeki yang halal.. Pengorbanan terhadap negara.. Bekerja dengan dedikasi dan berkualiti untuk kemajuan negara..
Pengorbanan adalah subjektif..

Aku nak ulas sedikit mengenai pengorbanan seorang ketua.. Ketua adalah role model kepada anak buah..
Perlu bersikap optimis,matang dan berusaha memajukan anak buah.. Seorang ketua akan mundur atau jatuh sekiranya anak buahnya jatuh.. Ketua juga perlu memainkan peranan yang penting sekiranya timbul permasalahan terhadap anak buah.. Perlu bersikap adil dan waras.. Ketua tidak bermaksud hanya seorang ketua.. Ibu atau bapa boleh menjadi ketua.. Guru boleh menjadi ketua.. Kakak atau abang boleh menjadi ketua.. Cermin diri sebelum tuding jari kepada orang lain.. Sekian..
Selamat hari raya

Tuesday, September 30, 2014

Yang tiada kesudahannya

Allah menjadikan manusia..
Berpasang pasangan..
Untuk meramaikan lagi manusia..
Manusia punya akal fikiran..
Yang membezakan baik dan buruk..
Setiap berlaku ada hikmah..
Setiap kesilapan perlu diperbetulkan..

Kenapa kesilapan tu berlaku..
Pasti ada sebab..
Sebabnya manusia tu sendiri..
Aku terpanggil..
Tersedar dari mimpi..
Mimpi yang indah selama ni..
Kenapa benda tu berterusan berlaku..
Pasti bersebab..
Itu pasti..

Pasti tertanya... Apa yang berlaku..
Kes zina.. Bersekedudukan.. Dan buang bayi..
Kita akan sedar benda ni..
Lepas tengok dalam paper.. Internet.. FB.. Gambar baby terbongkang dalam keadaan menyayat hati..
Ada yang hidup.. Ada yang dah tak bernyawa..

Tahu tak kenapa benda ni terus berlaku..
Manusia sendiri..
Cuba selidik.. Sedalamnya..
Kenapa berzina?
Kenapa bersekedudukan?
Kenapa buang bayi sendiri?
Pasti bermacam jawapan..

Melalui pengalaman aku sendiri..
Ulang alik.. KL-Masjid tanah-Alor gajah..
Lebih kurang 3 bulan..
Tak settle..
Kena jumpa orang ni..
Orang tu..
Tolak sana..
Tolak sini..
Kenapa..?
Nak nikah pun susah?
Benda baik nak buat pun payah?
Tepuk kepala tu..

Rata rata pengalaman orang lain pun sama..
Masa.. Tenaga.. Cuti.. Duit.. Bagaikan permainan..
Senang senang.. Suruh ke sana sini..
Datang balik lepas ni..
Wah senang betul bercakap..
Mana pergi akal..
Banyak masa dah tergadai..
Bukan nak ungkit..
Patutnya benda yang elok..
Urusan nikah kawin ni..
Perlu dipermudahkan prosesnya..
Bukan menyusahkan pihak pengantin..

Sebab tu..
Ramai tak nak kawin muda..
Sedangkan orang muda la yang banyak bercinta..
Lepas bercinta mesti bernafsu..
Lepas bernafsu jadi zina..
Lepas zina mesti ada anak..
Nah.. Masa tu..
Sama ada perlu anak tu or buang je..
Better buangkan..
Buat apa simpan..
Sebab akan menyusahkan anak tu kelak..
Percaya la..

Zaman moden..
Tapi jangan ingat zaman moden..
Orang takkan pandang hina anak tu..
Nak daftar anak tu..
Nak sekolahkan anak tu..
Nak besarkan anak tu..
Nak kawinkan anak tu..
Semua melibatkan ibu dan ayah..
Masa tu bukan setakat jiran..
Silap silap orang nak nikahkan tu pon pandang hina kat anak tu..
Percaya la..
Depan mata aku..

Masa tu la rasa fed up..
Rasa diri tu hina..
Pikir semua orang takkan terima diri tu..
Semuanya disebabkan manusia tu sendiri..
Tepuk dada tanya selera...

Monday, September 29, 2014

Halfway

Katering
Bridal
Aksesori
Hantaran
Transportation
Accommodation
Guest book
Props
Borang nikah
Done..
Tunggu masa je.. Allahu.. Berdebar..
Start countdown!

Sunday, September 28, 2014

Learning

Sedang.. Sekarang aku sedang belajar..
Belajar dari kesilapan.. Kesilapan yang aku lakukan..
Belajar erti kejujuran.. Erti sebuah pengorbanan..
Aku bertuah kerana dalam setiap makhluk dalam muka bumi ini.. Aku yang dipilih.. Aku istimewa...
Untuk merasai kepedihan, kesengsaraan dan kesakitan di dunia ni.. Disebaliknya aku diuji kerana kasih sayang dariNya..
Aku percaya.. Itu pasti..
Tapi aku manusia lemah.. Manusia biasa.. Kadang kala melatah.. Menidakkan yang sah.. Patutnya aku belajar..
Bila dah sedar.. Aku cuba untuk belajar.. Dan aku sedang belajar..

Saturday, September 27, 2014

Important but not urgent

Berapa minggu lepas.. Aku bertarung kat tempat keja.. Staf tak cukup.. Banyak keja.. Perangai bossy sang ketua.. Oh memenatkan.. Tapi bila kita ikhlas.. Semua bole buatkan.. Owh puji diri sendiri! (Pengsan)
Dalam minggu tu jugak aku jumpa sapa kawan sapa lawan.. I m so sorry.. Kenyataan.. Bila kita susah.. Kita akan jumpa kawan kita.. Yang sudi bantu kita.. Aku dah jumpa kawan aku..
Dalam minggu tu jugak.. Aku ada kenal someone yang annoying.. Sangat ok! Giler kentang ke tak.. Dia bole bagi arahan paling bodoh untuk diri aku sedangkan dia nampak lagi bodoh dari aku..hehe.. Fakta!
Ok nampak tak betapa tersiksa nya aku minggu lepas? Hehe.. Harap minggu lepas tetap jadi minggu lepas.. Minggu minggu yang mendatang pasti lebih hebat..
Seperti yang korang tahu.. Aku dah nak menjalani kehidupan baru.. Alam perkhawinan.. Hehe.. (Malu)
Ada kawan yang nasihatkan aku.. Tempat yang menarik dikunjungi lepas kawen or honeymoon.. Ok.. Aku ngaku.. Sapa yang tak nak gi bulan madu lepas kawen kan.. Tipu aku cakap aku tak nak gi.. Aku dah berangan nak gi macam macam tempat.. Siap buat list.. Ok memang sangat excited... Tapi setakat ni.. Banyak yang kurang dari lebih.. Aku lebih utamakan kehidupan lepas kawen aku berbanding gi melancong or makan angin..
Pengajaran yang aku bole gunakan minggu lepas important but not urgent.. So bagi aku honeymoon memang penting tapi bukan masa terdekat.. In sha Allah ada rezeki aku dapat la merasa..
Let began... :)

Friday, September 26, 2014

Count down time!

Allahu.. Tak sangka.. Cepat masa berlalu.. Aku akan jadi isteri orang.. Eh.. Bukan sebarangan orang ok.. Hehe.. (Nak pengsan jap!)
Syukur yang teramat sangat.. Allah je tahu perasaan sekarang.. Sekarang tunjuk dalam 30 hari aku akan jadi seorang isteri.. Suke suke suke!!!
Dalam suke tu.. Berdebar pon ade.. Dapat tak aku jalani kehidupan baru nanti.. Ye memang aku confidence.. Tapi dalam masa yang sama macam macam aku pikir.. Name pon perempuan kan.. Hihi.. 
Tapi tak pe.. Aku cabar diri sendiri.. Aku akan jadi wanita dan isteri yang mungkin tak sempurna tapi sempurna dimata suami aku.. Cecewahhh...
Ready!

Sunday, September 7, 2014

Apa yang lebih bahagia?

Alhamdulillah...
Hanya itu yang terus terkeluar.. Dari lubuk hati ikhlas menyebut dibibir..
Allah Maha Adil..
Sepanjang perjalanan kehidupan.. Telah ditentukan yang terbaik untuk umatNya..
Hanya kita yang akan mencorak dan menjalani dengan penuh warna..
Aku bersyukur.. Bagi aku.. Aku dah dapat kenikmatan dunia yang sementara..
Namun aku tetap bersyukur..
24 tahun.. Ni la hadiah dan nikmat terbesar yang penah aku perolehi..
Selalu mengimpikan seorang abang.. Adik beradik perempuan.. Puas aku berangan.. Puas jugak aku bemimpi..
Akhirnya.. Allah beri kesempatan.. Dengan ganjaran keluarga besar untuk aku.. Bukan sahaja abang dan adik beradij perempuan.. Tambahan adik adik lagi.. Ok.. Just nice..
Aku berharap penyatuan darah antara kami akan menjadi sesuatu yang diredhai..
Aku berharap jugak kami akan bersatu dan bahagia.. Terima kasih Ya Allah..

Sunday, August 24, 2014

Be prepare !

Being the most great wife!
Being the most awesome wife!
Being the most dreams wife!
For my only beloved husband..
In sha Allah.. I'll.  :)

Thursday, August 21, 2014

dinner lak... pergh..

assalamualikum...
setelah bertungkus lumus untuk dinner akhirnye tibe hari yang di nantikan...
tema kami arabian night.. di hotel puteri pacific johor bahru...
malam tuh mule ngan bacaan doa tehn ucapan dari ketua nursing n xray... ucapan tuan haji n puan azizan serta puan norliza..
then yang menarik tarian2 mereka... makanan... time bergambar... time kenang semula peristiwa2 istimewa..
time persembahan group xray... macam2 jadi malam 2.. luck draw lagi..huuu
alhamdulillah... syukur ya allah...


flyer jemputan


chantek x??? 



di pentas bersam2 mereka 


dak2 xray 16 


tuan haji n puan2...


puan norlina,puan azmah n puan rominah 


puan tan yang cantik


puan viki  







ramni


ziqa


yatie


qiey


nino


jane


fafau


alahai comel


puan azizan


fizi 



my lucky draw...



queen...


hadiah kum..

Sunday, August 17, 2014

Letakkan diri sendiri

Angankan panas sampai ke petang.. Rupanya hujan ditengahari..
Tak semua akan bernasib baik.. Allah telah merancang untuk umatNya..
Kita sebagai umat harus bijak memilih.. Yang baik dan yang buruk.. Sebagai petunjuk jalan..
Aku bersyukur.. Sebelum terlelap mata.. Sebelum kaku tanpa suara..
Akhirnya dapat bersama.. Merasai nikmat dunia.. Alangkah indah jika dari mula..
Tapi apakan daya.. Allah Maha Mengetahui.. Syukur..

Friday, August 15, 2014

Berbeza

Ape beza nya aku dengan mereka..
Apa lain nya aku dengan mereka..
Kewujudan mereka dinanti.. Dirai.. Dihormati.. Disayangi.. Dicintai.. Dikasihi..
Tapi aku...
Aku akan tetap dipandang hina.. Dicemuh.. Diumpat.. Dihina.. Dikecam..
Memang bukan salah mereka..
Bukan juga salah aku..
Tapi aku adalah sebuah kesalahan..
Yang akan sentiasa diingati.. Selamanya.. Dalam cemuhan..
Waktu aku belum mengerti.. Belum arif.. Belum mengetahui.. Ada yang menghina..
Mungkin depan mata.. Mungkin juga dibalik teling..
Waktu aku belum bersedia.. Aku terpaksa menerima.. Hakikat sebuah aku..
Hanya aku yang perlu terima diri aku.. Untuk orang lain terima aku...
Dugaan akan menjelma..
Terpaksa pekakkan telinga.. Butakan mata.. Tebalkan muka.. Bisukan suara.. Lajukan anggota..
Biar aku menangis.. Biar.. Sehingga kering air mata.. Moga dapat menghapuskan segalanya.. Ya Allah.. Aku redha.. Aku bersyukur.. Terima kasih menerima aku..

Tuesday, August 12, 2014

Belajar untuk tenang dan sabar

Hari ni memang kesabaran aku tercabar..
Dah la tahap kesabaran dalam diri ni tipis.. Kata orang katau marah.. Senyap.. Jangan cakap lagi.. Tapi aku tak..
Ok next step duduk kalau berdiri.. Ok aku duduk.. Tapi sakit rasa nya dada..
Tak jalan.. So next baring.. Tak kan aku nak baring,tengah keje.ok last step ambik wudhu.. Tapi aku bukan setakat wudhu.. Aku terus mandi.. Siap basah rambut.. Baru lega sikit.. So jangan ngada ngada tanya or ungkit cerita tu lagi..
Pagi pagi lagi dah uji aku..
Sampai sakit hati.. Membawak ke sakit seluruh badan.. Mungkin terlalu stress..
Sampai kan aku tak bole tidur.. Nak bagi quota Biar cacat.. Jangan kurang ajar.. Dari muda tak nak mati.. Dah tua susahkan orang.. Semoga Allah ampunkan dosa aku.. Aamiin

Wednesday, July 9, 2014

Typical

Masa kecik.. Bila mak ayah kita tak adil asyik lebihkan adik kita lebih dari kita.. Kita akan marah dan tersinggung..
Masa berkawan.. Bila kawan tak nak kawan dengan kita.. Kita kecil hati dan menangis..
Masa bercinta.. Bila pasangan kita tak luangkan masa bersama.. Kita merajuk dan kecewa..
Tapi tidakkah mak ayah kita marah dan tersinggung kalau jenguk sebulan sekali pun susah asyik lebihkan kerja..
Tidakkah mak ayah kita kecil hati dan menangis kalau kita tak pedulikan mereka yang nak bermanja dan berkasih sayang dengan kita..
Tidakkah maknayah kita merajuk dan kecewa kita tinggalkan meraka di hospital atau rumah orang tua sahaja..
Allah jadikan anak anak untuk bertanggungjawab menjaga dan balas segala pengorbanan dan jasa ibu bapa mereka.. Doa ibu adalah kunci kejayaan..

Sunday, July 6, 2014

Nasihat teman

1st..psang niat yg btol..kawin bkn semata2 krn nk pnuhi khndak kmanusiaan..igt..nawaitu msti lillahi taala..
2nd..ko kna sntiasa kmaskn dri..dgn nilai2 yg baik..agama..tngkhlaku..spy ibubapa rse ykin dgn kte..spy org luar rse segan dgn kita..n yg pnting spy Allah sntiasa ade dgn kita n tlg niat baik kita..bkn jd baik smata2 nk bg org nmpk..tp nk bg Allah nmpk..
Cahaya kehidupanku 2014

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan bermakna

Alhamdulillah.. Semoga tahun ni lebih baik dari sebelum ni..
Alhamdulillah.. Allah masih hidupkan aku untuk menikmati ramadhan ini..
Alhamdulillah.. Semoga aku dapat menghabiskan ramadhan tahun ini..
Alhamdulillah.. Allah menguji aku dengan dugaan yang setimpal dengan kemampuan aku..

Suatu hari nanti

Sayang
Jika ditakdirkan satu hari nanti..
Aku tidak bersama mu..
Waktu itu jangan la kau sedih..
Kerna aku selalu bersama mu.
Dalam doa..
Dalam kenangan..
Aku dipinjamkan olehNya..
Aku berhak kembali kepadaNya..
Sewaktu itu.. Jangan lah kau mengenang semua salah silap aku.. Mengenang salah dan silap engkau kepada aku..
Hanya pinta ku.. Secebis doa..
Ikhlas dari hati mu walaupun sudah bertemu penganti.. Terima kasih..

Tuesday, June 3, 2014

Indah khabar dari rupa

Hujung talian.. Sayup dengar suara.. Suara yang dikenali..
Di berikan sedikit sogokkan.. Hati mula berbudi..
Semakin lama semakin senang.. Selesa.. Selalu bersama..
Semakin nampak kebaikan.. Kelebihan.. Sedikit tak pernah kurang..
Sehingga hati dah terpahat.. Terpahat untuk mencintai.. Selamanya..
Kebelakangan ni emosi terus memburu.. Terus menindas.. Menyempit.. Menyakitkan.. Terus nampak keburukan.. Kelemahan.. Kejahatan..
Mungkin aku layak diperlaku sebegini..
Ya aku memang layak.. Terima kasih.. Syukur Ya Allah..

Thursday, May 22, 2014

Nasib seorang aku

Terus terang.. Benda yang senang..tapi disusahkan
Belakang hari menyusahkan..
Bagi aku.. Setiap benda yang jadi.. Ada hikmahnya.. Allah maha mengetahui..
Aku berserah.. Berserah padaNya..
Jika benar..ada kebenaran.. Jika bukan milik aku.. Pasti terbuka pintu untuk aku tuju..
Aku sedar aku siapa.. Bukan yang baik baik..
Dari mula da sedar diri..
Maaf aku bukan yang sempurna.. Yang selalu didambakan.. Yang ingin dimiliki oleh hati manusia..
Mungkin aku tersalah.. Aku mohon maaf..

Suratan

Buntu.. Tak tahu mana silap aku..
Puas memikir..
Rasa tidak adil diperlakukan..
Aku mangsa keadaan?
Atau aku punca permasalahan?
Tiba-tiba keadaan jadi tak kena..
Serba serbi..
Patut ke aku ikutkan kata hati?
Perlu ke aku menangis sekarang dari kemudian hari?
Dejavu kisah lama aku..
Mungkin aku patut pikir semula..
Sebelum terlewat..

Monday, April 7, 2014

Kerja keras

Mampukah aku.. Memikul tangungjawab sebagai anak dan jururawat..
Tugas makin bertambah
Memerah keringat
Membedil fikiran
Setiap masa
Inginkan kebahagian untuk orang tua aku
Ya Allah kuatkan hamba
#50%siapkerjakawen
#10%barumularenovation
Pening kepala mak nak

Friday, February 21, 2014

Sampai bila?

Apa yang aku rasa.. Tak dapat dibayangkan dengan kata2..
Apa yang aku lalui.. Tak dapat dipadamkan dengan kenangan manis..
Aku hanya berserah kepadaNya..
Semoga satu hari.. Aku mendapat sedikit keistimewaan untuk melupakan semuanya..
Semoga aku takkan dihantui..
Semoga aku rasa penyesalan..
Semoga hidup aku akan lebih bermakna..
Aamiin..

Sunday, January 26, 2014

Cabaran

Cara aku..
Cara dia..
Sangat bebeza..
Aku paham kenapa semua tu terjadi..
Sape yang perlu dipersalahkan..

Thursday, January 9, 2014

Dugaan

Kenapa naluri aku kuat mengatakan yang aku banyak menyusahkan dia..
Dari awal perkenalan sampai nak kahwin..
Aku perhatikan dia selalu letih tak cukup rehat..mungkin letih mengangkut aku ke sana sini..rasa membebankan sangat..sepatutnya aku lebih berdikari..
Aku patut berdiri diatas kaki sendiri..cari makanan sendiri,ke tempat keje sendiri,jaga diri sendiri..
Bukan menyusahkan dia..
Aku sedar.. Sejak dia buat keputusan nak kahwin dengan aku.. Macam macam masalah kewangan dia hadapi..aku yang sebabkan dia terpaksa berikat perut..aku sedih sangat bila dia cakap mengidam makan itu ini..tapi mengenangkan bajet dia terpaksa lupakan..
Ya Allah..aku sangat kecewa dengan diri aku sendiri..aku takut nak berterus terang..takut menyakiti hati dia..sekali lagi
I am so sorry love

1st step

Alhamdulillah berkat usaha n doa segala akan berjalan seperti dirancang..
Setakat ni katering n bridal da tempah.. So nak kene pikir n uruskan perkara lain.
Moga dipermudahkan.. Amin...