Tuesday, September 30, 2014

Yang tiada kesudahannya

Allah menjadikan manusia..
Berpasang pasangan..
Untuk meramaikan lagi manusia..
Manusia punya akal fikiran..
Yang membezakan baik dan buruk..
Setiap berlaku ada hikmah..
Setiap kesilapan perlu diperbetulkan..

Kenapa kesilapan tu berlaku..
Pasti ada sebab..
Sebabnya manusia tu sendiri..
Aku terpanggil..
Tersedar dari mimpi..
Mimpi yang indah selama ni..
Kenapa benda tu berterusan berlaku..
Pasti bersebab..
Itu pasti..

Pasti tertanya... Apa yang berlaku..
Kes zina.. Bersekedudukan.. Dan buang bayi..
Kita akan sedar benda ni..
Lepas tengok dalam paper.. Internet.. FB.. Gambar baby terbongkang dalam keadaan menyayat hati..
Ada yang hidup.. Ada yang dah tak bernyawa..

Tahu tak kenapa benda ni terus berlaku..
Manusia sendiri..
Cuba selidik.. Sedalamnya..
Kenapa berzina?
Kenapa bersekedudukan?
Kenapa buang bayi sendiri?
Pasti bermacam jawapan..

Melalui pengalaman aku sendiri..
Ulang alik.. KL-Masjid tanah-Alor gajah..
Lebih kurang 3 bulan..
Tak settle..
Kena jumpa orang ni..
Orang tu..
Tolak sana..
Tolak sini..
Kenapa..?
Nak nikah pun susah?
Benda baik nak buat pun payah?
Tepuk kepala tu..

Rata rata pengalaman orang lain pun sama..
Masa.. Tenaga.. Cuti.. Duit.. Bagaikan permainan..
Senang senang.. Suruh ke sana sini..
Datang balik lepas ni..
Wah senang betul bercakap..
Mana pergi akal..
Banyak masa dah tergadai..
Bukan nak ungkit..
Patutnya benda yang elok..
Urusan nikah kawin ni..
Perlu dipermudahkan prosesnya..
Bukan menyusahkan pihak pengantin..

Sebab tu..
Ramai tak nak kawin muda..
Sedangkan orang muda la yang banyak bercinta..
Lepas bercinta mesti bernafsu..
Lepas bernafsu jadi zina..
Lepas zina mesti ada anak..
Nah.. Masa tu..
Sama ada perlu anak tu or buang je..
Better buangkan..
Buat apa simpan..
Sebab akan menyusahkan anak tu kelak..
Percaya la..

Zaman moden..
Tapi jangan ingat zaman moden..
Orang takkan pandang hina anak tu..
Nak daftar anak tu..
Nak sekolahkan anak tu..
Nak besarkan anak tu..
Nak kawinkan anak tu..
Semua melibatkan ibu dan ayah..
Masa tu bukan setakat jiran..
Silap silap orang nak nikahkan tu pon pandang hina kat anak tu..
Percaya la..
Depan mata aku..

Masa tu la rasa fed up..
Rasa diri tu hina..
Pikir semua orang takkan terima diri tu..
Semuanya disebabkan manusia tu sendiri..
Tepuk dada tanya selera...

Monday, September 29, 2014

Halfway

Katering
Bridal
Aksesori
Hantaran
Transportation
Accommodation
Guest book
Props
Borang nikah
Done..
Tunggu masa je.. Allahu.. Berdebar..
Start countdown!

Sunday, September 28, 2014

Learning

Sedang.. Sekarang aku sedang belajar..
Belajar dari kesilapan.. Kesilapan yang aku lakukan..
Belajar erti kejujuran.. Erti sebuah pengorbanan..
Aku bertuah kerana dalam setiap makhluk dalam muka bumi ini.. Aku yang dipilih.. Aku istimewa...
Untuk merasai kepedihan, kesengsaraan dan kesakitan di dunia ni.. Disebaliknya aku diuji kerana kasih sayang dariNya..
Aku percaya.. Itu pasti..
Tapi aku manusia lemah.. Manusia biasa.. Kadang kala melatah.. Menidakkan yang sah.. Patutnya aku belajar..
Bila dah sedar.. Aku cuba untuk belajar.. Dan aku sedang belajar..

Saturday, September 27, 2014

Important but not urgent

Berapa minggu lepas.. Aku bertarung kat tempat keja.. Staf tak cukup.. Banyak keja.. Perangai bossy sang ketua.. Oh memenatkan.. Tapi bila kita ikhlas.. Semua bole buatkan.. Owh puji diri sendiri! (Pengsan)
Dalam minggu tu jugak aku jumpa sapa kawan sapa lawan.. I m so sorry.. Kenyataan.. Bila kita susah.. Kita akan jumpa kawan kita.. Yang sudi bantu kita.. Aku dah jumpa kawan aku..
Dalam minggu tu jugak.. Aku ada kenal someone yang annoying.. Sangat ok! Giler kentang ke tak.. Dia bole bagi arahan paling bodoh untuk diri aku sedangkan dia nampak lagi bodoh dari aku..hehe.. Fakta!
Ok nampak tak betapa tersiksa nya aku minggu lepas? Hehe.. Harap minggu lepas tetap jadi minggu lepas.. Minggu minggu yang mendatang pasti lebih hebat..
Seperti yang korang tahu.. Aku dah nak menjalani kehidupan baru.. Alam perkhawinan.. Hehe.. (Malu)
Ada kawan yang nasihatkan aku.. Tempat yang menarik dikunjungi lepas kawen or honeymoon.. Ok.. Aku ngaku.. Sapa yang tak nak gi bulan madu lepas kawen kan.. Tipu aku cakap aku tak nak gi.. Aku dah berangan nak gi macam macam tempat.. Siap buat list.. Ok memang sangat excited... Tapi setakat ni.. Banyak yang kurang dari lebih.. Aku lebih utamakan kehidupan lepas kawen aku berbanding gi melancong or makan angin..
Pengajaran yang aku bole gunakan minggu lepas important but not urgent.. So bagi aku honeymoon memang penting tapi bukan masa terdekat.. In sha Allah ada rezeki aku dapat la merasa..
Let began... :)

Friday, September 26, 2014

Count down time!

Allahu.. Tak sangka.. Cepat masa berlalu.. Aku akan jadi isteri orang.. Eh.. Bukan sebarangan orang ok.. Hehe.. (Nak pengsan jap!)
Syukur yang teramat sangat.. Allah je tahu perasaan sekarang.. Sekarang tunjuk dalam 30 hari aku akan jadi seorang isteri.. Suke suke suke!!!
Dalam suke tu.. Berdebar pon ade.. Dapat tak aku jalani kehidupan baru nanti.. Ye memang aku confidence.. Tapi dalam masa yang sama macam macam aku pikir.. Name pon perempuan kan.. Hihi.. 
Tapi tak pe.. Aku cabar diri sendiri.. Aku akan jadi wanita dan isteri yang mungkin tak sempurna tapi sempurna dimata suami aku.. Cecewahhh...
Ready!

Sunday, September 7, 2014

Apa yang lebih bahagia?

Alhamdulillah...
Hanya itu yang terus terkeluar.. Dari lubuk hati ikhlas menyebut dibibir..
Allah Maha Adil..
Sepanjang perjalanan kehidupan.. Telah ditentukan yang terbaik untuk umatNya..
Hanya kita yang akan mencorak dan menjalani dengan penuh warna..
Aku bersyukur.. Bagi aku.. Aku dah dapat kenikmatan dunia yang sementara..
Namun aku tetap bersyukur..
24 tahun.. Ni la hadiah dan nikmat terbesar yang penah aku perolehi..
Selalu mengimpikan seorang abang.. Adik beradik perempuan.. Puas aku berangan.. Puas jugak aku bemimpi..
Akhirnya.. Allah beri kesempatan.. Dengan ganjaran keluarga besar untuk aku.. Bukan sahaja abang dan adik beradij perempuan.. Tambahan adik adik lagi.. Ok.. Just nice..
Aku berharap penyatuan darah antara kami akan menjadi sesuatu yang diredhai..
Aku berharap jugak kami akan bersatu dan bahagia.. Terima kasih Ya Allah..