Friday, October 3, 2014

Role model

Sempena menyambut hari raya aidiladha tak lama lagi.. Lagi 3 hari dari sekarang..
Aku nak ucapkan selamat menyambutnya untuk semua umat islam.. Yang ada rezeki tunaikan haji tu.. Semoga dapat haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Untuk yang balik kampung tu.. Semoga selamat sampai ke destinasi masing masing..
Hari raya haji or aidil adha or korban ni.. Bertujuan kita umat islam menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pencipta kita.. Nabi Ibrahim sanggup berkorban menyembelih anak kesayangan ,Nabi Ismail atas perintah Allah.. Pengorbanan yang dilakukan atas rasa sayang dan bersyukur kepada Allah..
Dengan kuasa Allah.. Nabi Ismail ditukarkan dengan binatang.. Sehingga sekarang.. Kita akan menyembelih binatang untuk dikorbankan tanda syukur..

Aku ada juga pasang niat untuk berkorban.. In sha Allah.. Bila ada rezeki.. Sekarang apa yang aku mampu.. Tu yang akan lakukan..

Pengorbanan bukan setakat di hari raya korban sahaja.. Pengorbanan kita sebagai umat islam.. Membantu umat islam di negara lain.. Sebagai contoh Palestin.. Pengorbanan terhadap keluarga dengan mengisi masa bersama sama atau memberikan mereka rezeki yang halal.. Pengorbanan terhadap negara.. Bekerja dengan dedikasi dan berkualiti untuk kemajuan negara..
Pengorbanan adalah subjektif..

Aku nak ulas sedikit mengenai pengorbanan seorang ketua.. Ketua adalah role model kepada anak buah..
Perlu bersikap optimis,matang dan berusaha memajukan anak buah.. Seorang ketua akan mundur atau jatuh sekiranya anak buahnya jatuh.. Ketua juga perlu memainkan peranan yang penting sekiranya timbul permasalahan terhadap anak buah.. Perlu bersikap adil dan waras.. Ketua tidak bermaksud hanya seorang ketua.. Ibu atau bapa boleh menjadi ketua.. Guru boleh menjadi ketua.. Kakak atau abang boleh menjadi ketua.. Cermin diri sebelum tuding jari kepada orang lain.. Sekian..
Selamat hari raya

No comments:

Post a Comment

shut up !!! ~__^

Note: Only a member of this blog may post a comment.